Friday, September 27, 2013

Nexus 4 - Vanir ROM

Saya sudah menggunakan ROM ini sejak minggu lepas. Ianya ROM yang banyak mengambil fungsi daripada Cm seperti Theme Chooser.

Ianya merupakan ROM yang menumpukan kepada prestasi gajet anda. Saya menggabungkan ROM ini dengan Trinity Kernel daripada Morfin.

ROM ini akan dikemaskini setiap hari namun terpulang kepada anda sama ada untuk memasang ke gajet anda setiap hari ataupun tidak.

Selamat mencuba...

http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2423200 [ROM] Vanir Nightlies by MBQ (09/27/13) | The Epitome of Speed. |

Google Play Book - Akhirnya ada di Malaysia

Kalau diikutkan masih banyak fungsi yang ada di Google Play atau Market yang tidak dapat diakses untuk pengguna Malaysia. Kini satu persatu fungsi tersebut boleh digunakan.

Google Play Book iaitu e-book daripada Google telah dapat diakses oleh pengguna di Malaysia. Kini pengguna boleh memuat turun e-book dan juga membeli e-book di Google Play.

Selamat membaca...

Wednesday, November 21, 2012

Galaxy W - CWM Recovery

Kalau semalam saya berkongsi cara untuk 'root' gajet ini. Hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca cara untuk memasang 'custom recovery'

Bagi memasang 'custom recovery ini anda memerlukan:

  1. Samsung Kies atau 'Samsung USB Driver'
  2. Perisian Odin Multi Downloader versi 4.43
  3. Fail custom recovery dan fail ops


Cara-caranya:
  1. Pasang perisian Samsung Kies atau pasang perisian 'Samsung USB Driver' tadi.
  2. Ekstrak fail Odin Multi Downloader' ke 'root' cakera keras windows anda. Selalunya 'Drive C'
  3. Matikan gajet anda dan hidupkan semula dengan menekan kombinasi 3 butang seperti gambar 1 (Power+Volume Down+Home)
  4. Sambung USB kabel ke komputer anda. Pemacu akan dipasang secara automatik.
  5. Buka folder yang anda ekstrak tadi dan klik pada fail Odin Multi Downloader v4.43.exe
  6. Perisian ini akan mengesan gajet anda (lihat di COM Port Mapping)
  7. Tandakan pada One Package, Auto Reboot dan Protect OPS, buang tanda pada Reset Time
  8. Pada tab OPS, pilih fail ancora.ops yang anda muat turun tadi. Dan pada tab One Package pilih fail recovery-clockwork-6.0.1.9-ancora.tar.md5 (rujuk gambar 2)
  9. Tekan butang 'Start' dan tunggu proses selesai. Gajet anda akan 'reboot' secara automatik.
  10. Bagi memeriksa sekiranya pemasangan ini berjaya. Reboot gajet anda dalam 'recovery mode' (rujuk gambar 1)
Gambar 1
Gambar 2
Selepas ini anda boleh memasang custom ROM dan menikmati dunia android sebenar.







Tuesday, November 20, 2012

Galaxy W - Root


Galaxy W adalah salah satu gajet daripada gergasi peralatan elektronik korea. Mempunyai CPU berkuasa 1400mhz dan 512mb RAM. Mempunyai saiz skrin 3.7 inchi yang boleh dikatakan kecil dalam dunia gajet sekarang.

Cara-cara untuk 'root' telefon ini adalah mudah dan dapat menggunakan program 'recovery' asal telefon anda.

Cara-caranya:
  1. Muat turun fail ini dan letakkan di dalam memori dalaman telefon anda.
  2. Tukar nama fail kepada update.zip sahaja.
  3. Padamkan telefon anda
  4. Hidupkan semula dengan menekan butang seperti gambar dibawah ini.
  5. Apabila anda telah masuk ke 'mode recovery' (gambar android dan kotak), tekan butang menu
  6. Skrol ke fail 'update.zip' dan tekan butang home.
  7. Setelah selesai 'reboot' telefon anda.


Setelah selesai proses ini anda bolehlah ke Android market dan menikmati lebih banyakaplikasi yang dahulunya anda tidak dapat gunakan.

Selamt mencuba...

Thursday, November 1, 2012

ParanoidAndroid



Salah satu ROM terbaik untuk pengguna TAB 7.7. Ianya menggabungkan antara muka atau GUI tablet dan telefon di dalam satu ROM dan dipanggil 'Phablet'.


Dibawah ini disenaraikan pautan berkaitan ParanoidAndroid ROM
  1. PA Website
  2. Senarai telefon/tablet
  3. Cara membuat sendiri PA ROM