Wednesday, November 21, 2012

Galaxy W - CWM Recovery

Kalau semalam saya berkongsi cara untuk 'root' gajet ini. Hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca cara untuk memasang 'custom recovery'

Bagi memasang 'custom recovery ini anda memerlukan:

  1. Samsung Kies atau 'Samsung USB Driver'
  2. Perisian Odin Multi Downloader versi 4.43
  3. Fail custom recovery dan fail ops


Cara-caranya:
  1. Pasang perisian Samsung Kies atau pasang perisian 'Samsung USB Driver' tadi.
  2. Ekstrak fail Odin Multi Downloader' ke 'root' cakera keras windows anda. Selalunya 'Drive C'
  3. Matikan gajet anda dan hidupkan semula dengan menekan kombinasi 3 butang seperti gambar 1 (Power+Volume Down+Home)
  4. Sambung USB kabel ke komputer anda. Pemacu akan dipasang secara automatik.
  5. Buka folder yang anda ekstrak tadi dan klik pada fail Odin Multi Downloader v4.43.exe
  6. Perisian ini akan mengesan gajet anda (lihat di COM Port Mapping)
  7. Tandakan pada One Package, Auto Reboot dan Protect OPS, buang tanda pada Reset Time
  8. Pada tab OPS, pilih fail ancora.ops yang anda muat turun tadi. Dan pada tab One Package pilih fail recovery-clockwork-6.0.1.9-ancora.tar.md5 (rujuk gambar 2)
  9. Tekan butang 'Start' dan tunggu proses selesai. Gajet anda akan 'reboot' secara automatik.
  10. Bagi memeriksa sekiranya pemasangan ini berjaya. Reboot gajet anda dalam 'recovery mode' (rujuk gambar 1)
Gambar 1
Gambar 2
Selepas ini anda boleh memasang custom ROM dan menikmati dunia android sebenar.







No comments:

Post a Comment