Thursday, November 1, 2012

Galaxy Y - Root dan Recovery


Telefon kecil molek daripada Samsung juga tidak terlepas daripada pandangan penggemar modifikasi telefon Android. Dengan harga yang sederhana ianya mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna. Didatangkan dengan Android versi 2.3 dan spesifikasi yang sederhana.

'Root' adalah antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh pengguna telefon ini. Selepas itu barulah banyak perisian yang boleh digunakan seperti Titanium backup, SetCPU dan lain-lain.

Saya berkongsi cara-cara untuk 'Root' telefon ini.

Cara-caranya:
Stock Recovery

  1. Muat turun fail ZIP untuk root disini... Salin fail tersebut ke 'SD Card' telefon
  2. Matikan telefon
  3. Masuk ke 'Recovery Mode' dengan menekan butang 'Power+Volume Up+Home' secara serentak. Selepas keluar logo Samsung boleh lepaskan butang 'Power'
  4. Pilih 'Apply upate from sdcard' dan cari fail ZIP tadi. Tekan butang home untuk pilih. 
  5. Setelah siap 'Reboot' telefon
Untuk gunakan 'CWM Recovery' muat turun fail ini... Masuk ke 'Recovery Mode' dan pilih 'Apply upate from sdcard' Pilih fail yang dimuat turun tadi dan anda akan masuk ke CWM recovery.

CWM Recovery




No comments:

Post a Comment