Wednesday, October 31, 2012

Galaxy TAB 2 - Root Dan 'Install' CWM Recovery



Bagi pengguna gajet ini, cara yang mudah untuk mendapat potensinya sebenar adalah dengan meng'root' dan memasang 'custom recovery' seperti CWM Recovery. Langkah dibawah ini akan turut memasang aplikasi SuperSU di dalam tablet anda.

Bagi memasang dan meng'root' tablet ini anda memerlukan perisian dan file dibawah ini. Cara yang ditunjukkan adalah untuk model P3100.
  1. Samsung Kies (bagi tujuan pemasangan pemacu atau 'driver')
  2. Odin 1.85 (ZIP file)
  3. P3100_CWM_RECOVERY-6.0.1.3_SUPERSU-0.96_BUSYBOX-1.20.2.tar.md5



Cara-caranya:
  1. Sebelum anda memulakan aplikasi Odin pastikan tiada aplikasi KIES 'run' di 'background apps' PC anda.
  2. Mulakan program Odin 1.85
  3. Matikan tablet anda dan reboot dalam download mode (Power Button + Volume Down), tekan 'Volume Up' 
  4. Sambungkan kabel ke PC dan pastikan gajet anda dapat dikesan oleh PC anda
  5. Klik pada butang PDA dan pilih file 'P3100_CWM_RECOVERY-6.0.1.3_SUPERSU-0.96_BUSYBOX-1.20.2.tar.md5'
  6. Klik butang 'Start' dan tunggu hingga proses selesai dan tablet anda akan 'Reboot'
  7. Anda telah berjaya 'Root' dan memasang 'Custom Recovery' ke tablet anda.
Selepas proses ini anda bebas untuk menggunakan 'Stock ROM' atau mencuba 'Custom ROM' seperti Cyanogenmod.





Salam Perkenalan...

Salam perkenalan untuk semua pembaca. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Blog ini akan berkisar tentang gajet yang beroperasi dengan menggunakan sistem Android. Saya akan berkongsi dengan pembaca pengalaman saya menggunakan dua gajet Android yang saya miliki iaitu Nexus S dan TAB 7.7 dan juga beberapa gajet lain yang digunakan oleh ahli keluarga dan kawan-kawan saya seperti Galaxy Ace,  Galaxy Y,  TAB 2 dan Xperia X8.

Selamat membaca...

Nexus S dengan ROM MIUI (4.1.2)