Friday, September 27, 2013

Nexus 4 - Vanir ROM

Saya sudah menggunakan ROM ini sejak minggu lepas. Ianya ROM yang banyak mengambil fungsi daripada Cm seperti Theme Chooser.

Ianya merupakan ROM yang menumpukan kepada prestasi gajet anda. Saya menggabungkan ROM ini dengan Trinity Kernel daripada Morfin.

ROM ini akan dikemaskini setiap hari namun terpulang kepada anda sama ada untuk memasang ke gajet anda setiap hari ataupun tidak.

Selamat mencuba...

http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=2423200 [ROM] Vanir Nightlies by MBQ (09/27/13) | The Epitome of Speed. |

Google Play Book - Akhirnya ada di Malaysia

Kalau diikutkan masih banyak fungsi yang ada di Google Play atau Market yang tidak dapat diakses untuk pengguna Malaysia. Kini satu persatu fungsi tersebut boleh digunakan.

Google Play Book iaitu e-book daripada Google telah dapat diakses oleh pengguna di Malaysia. Kini pengguna boleh memuat turun e-book dan juga membeli e-book di Google Play.

Selamat membaca...